KRITIKAN JURNAL PENYELIDIKAN
Oliver anak Gabriel Jangko . (2005) EJ dan ABC
Jurnal Penyelidikan Maktab Perguruan Batu Lintang
1.0
Tajuk
1.1 Ya, tajuk yang dicadangkan itu ringkas dan dipenuhi dengan maklumat.
Tajuk yang dikemukan ialah EJ dan ABC. Namun begitu, tidak banyak berkaitan
dengan aspek-aspek yang boleh diselidiki dan diambil tindakan. Jika dilihat
pada tajuknya sahaja, pembaca mungkin tidak dapat mengetahui aspek yang dikaji
dalam kajian ini.
1.2 Ya, tajuk ini memberi penjelasan tentang subjek yang menjadi tumpuan
kajian. Tumpuan kajian adalah berkaitan dengan mengenal huruf A-Z, dan tajuk
yang diberikan adalah EJ dan ABC.
1.3 Ya istilah-istilah yang kabur, mengandungi makna-makna yang kabur dan
yang penuh emosi telah dielakan dalam kajian. Bahasa yang digunakan mudah
difahami.
2.0
Latar Belakang Kajian
2.1
Latar belakang kajian yang mendorong penulisan membuat penyelidikan tindakan
adalah berkaitan dengan seorang murid tahun 1 yang buta huruf. Murid ini juga
menghadapi masalah lain seperti suka membisu apabila aktiviti pembelajaran
dijalankan dan juga tidak akan berganjak dari tempat duduknya walaupun disuruh
oleh guru. EJ suka mengasingkan diri daripada rakan-rakannya.
2.2 Latar belakang kajian adalah sesuai kerana
melalui rekod pencapaian,dapat dilihat EJ seorang murid yang lemah. Penulis
juga telah menjelaskan dengan terperinci masalah EJ yang ingin dikaji.
3.0 Pernyataan Masalah Atau Keprihatinan
3.1 Ya, ada keprihatinan
dalam kajian penulis ini. Hal ini kerana penulis mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh seorang muridnya yang buta huruf dan masalah tingkah laku semasa
P&P dijalankan.
3.2 Ya, permasalahan
dinyatakan dengan jelas kerana penulis memberitahu masalah murid (EJ) tidak
mahu datang ke hadapan kelas, menundukkan kepala, dan keluar ke tanda tanpa izin.
3.3 Tidak dinyatakan dalam kajian.
3.4 Ya, terdapat
justifikasi atau rasional untuk menjalankan kajian ini kerana EJ murid tahun 1
yang sepatutnya telah menguasai A-Z semasa prasekolah.
4.0 Rasional
4.1 Rasional penulis membuat penyelidikan tindakan
adalah untuk mengatasi masalah murid dan membantu murid yang bernama EJ
mengenal huruf A hingga Z. Hal ini juga bertujuan untuk penulis memperbaiki
kelemahan guru dalam mengajar atau menjalankan kaedah dan strategi pengajaran
yang lebih berkesan.
5.0 Rujukan Bertulis Yang Berkaitan
5.1
Rujukan bertulis yang digunakan oleh penulis tidak mencukupi, hal ini kerana
hanya ada 3 rujukan, sekurang-kurangnya rujukan bertulis dalam penyelidakan
adalah sebanyak 5 rujukan.
5.2
Kajian yang dijalankan oleh Oliver ini tidak mempunyai kaitan dengan kajian
semasa dan kajian sebelum ini, teori-teori juga tidak dikemukakan.
6.0 Tujuan Atau Objektif
6.1 Ya,
tujuan kajian bersesuaian dengan pernyataan masalah. Tujuan kajian ini adalah
untuk mengenal pasti amalan pengajaran dan pembelajaran penulis bagi mengatasi
masalah tidak dapat mengenal huruf A hingga Z yang dihadapi oleh EJ.
6.2 Amalan
guru yang dibaiki ialah kaedah pengajaran guru bagi murid yang lemah perlulah dilakukan
secara individu ‘one to one approach’ agar murid yang lemah lebih mudah
menguasai perkara yang dipelajari. Namun, guru juga perlu prihatin kepada
murid-murid lain agar unsur diskriminasi tidak wujud dalam kelas. Murid lain
juga tidak akan berasa cemburu jika guru memberikan penjelasan yang sewajarnya
di atas setiap tindakan yang dilakukan.
6.3
Ya, penulis telah menambah baik amalan murid daripada seorang yang pasif dalam
kelas kepada yang lebih aktif memberikan respon semasa bimbingan.
6.4 Penulis telah mengkaji amalan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
bagi membantu EJ supaya dapat menguasai kemahiran mengenal huruf serta dapat
menarik minat EJ mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran seterusnya
meningkatkan penglibatan aktif EJ di dalam kelas.
6.5 Bidang keprihatinan yang dikenalpasti untuk dikaji ialah keprihatinan
terhadap masalah pembelajaran murid di dalam kelas dan amalan pengajaran guru
di dalam bilik darjah.
6.6 Matlamat kajian ini ialah untuk mengenalpasti amalan pengajaran dan
pembelajaran penulis yang sesuai bagi menolong EJ supaya boleh mengenal dan
menyebut huruf A hingga Z dengan betul serta meningkatkan minat dan keyakinan
EJ untuk mengenal dan menyebut huruf A hingga Z dengan betul.
6.7 Tiada
6.8 Selepas penulis mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh muridnya iaitu
EJ.
7.0
Metodologi Kajian
7.1 Reka bentuk kajian yang diaplikasikan dalam penulisan kajian ini ialah
bersturktur, formal dan mengikut prosedur kajian yang terperinci. Kajian ini
dimulakan dengan refleksi ataupun keprihatinan penulis iaitu tentang subjek
yang dikaji atau masalah yang telah dikenalpasti dalam proses pengajaran dan
pembelajaran penulis di dalam bilik darjah. Kemudian, penulis mula membuat
tinjauan awal dan merancang strategi untuk membantu subjek kajian. Setelah
merancang, penulis mula melaksanakan strategi tersebut. hasil dapatan daripada
kajian yang dilaksanakan kemudiaanya dilaporkan dan akhirnya penulis membuat
kesimpulan terhadap kajian yang telah dilaksanakan tersebut. kajian ini juga
menggunakan reka bentuk mengikut Model
Kajian Tindakan Kurt Lewin iaitu mengikut perlaksanaan kajian seperti
turutan berikut:
Digunakan apabila masalah kajian
telah diketahui.
i.
Tajuk kajian
ii.
Latar belakang kajian
iii.
Fokus/ Isu/ Perkara yang
membangkitkan/ Ingin melihat
iv.
Tindakan biasa/ Situasi isu
sekarang/ Asal usul perkara/bacaan/ tidak puas
v.
Perancangan/ Rancangan tindakan/
Pelan
vi.
Pelaksanaan rancangan/ tindakan/
eksperimen/ Semasa menjalankan tindakan
vii.
Perhatian/ dapatan data kajian/
kiraan statistik/ Huraian dapatan dalam jadualRefleksi/ perbincangan dapatan/
Isu-isu yang didapati/ sumbangan hasil.
7.2 Sasaran kajian dalam kajian penyelidikan ini ialah orang iaitu muridnya
yang bernama EJ. Selain itu, penguasaan kemahiran mengenal huruf A hingga Z
juga menjadi sasaran dalam kajian ini.
7.3 Instrumen kajian yang digunakan ialah rekod kehadiran murid. daripada
insrumen tersebut penulis mendapat maklumat mengenai rekod kehadiran subjek
kajian yang dikaji. Selain itu, instrumen lain yang digunakan ialah rekod
pencapaian murid. Melalui rekod ini penulis mendapat maklumat berkaitan
pencapaian sampel kajian iaitu EJ melalui rekod keputusan ujian semester 1.
7.4 Teknik penganalisian dapatan kajian yang digunakan dalam kajian ini
ialah menggunakan beberapa teknik tertentu iaitu:
i.
Teknik analisis kandungan data
Teknik ini digunakan oleh penulis untuk menilai perkara
yang kerap kali berlaku. Dalam kajian ini, penulis telah menilai dan melihat
rekod murid bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh subjek kajian.
ii.
Teknik analisis dilema
Analisis ini adalah berdasarkan
anggapan bahawa guru sentiasa menghadapi dilema yang memerlukan mereka membuat
keputusan secara profesional. Dalam kaedah ini penulis telah membuat refleksi
dan kesedaran kendiri mengenai punca masalah yang dihadapi oleh salah seorang
muridnya dan mencari kaedah penyelesaian yang sesuai bagi membantu murid
berkenaan.
7.5 Kesignifikannya kajian dalam kajian ini tidak dinyatakan oleh penulis.
7.6 Data yang dikumpul dalam kajian ini ialah data kualitatif. Data kualitatif berasaskan ‘kualiti’. Ianya
bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian ‘makna’ perkara-perkara yang
dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal. Ia kurang
berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses. Skop kajiannya pula
meliputi bilangan responden yang kecil. Data inilah yang telah digunakan oleh
penulis dalam kajiannya. Kaedah ini juga merangkumi diskriptif, kumpulan data
tidak bernombor dan melakukan pemeriksaan terhadap maklumat (pemahaman). Jenis
maklumat yang dikumpulkan melalui data kualitatif adalah mendalam (detail),
kebiasaannya mempunyai deskripsi yang mendalam dan berdasarkan persoalan yang
kompleks. Dalam mencapai pemahaman tentang perhubungan maksud
dan gaya dalam kajian yang dilakukan, penulis telah melakukan pemerhatian
terhadap pelajar dalam mendapatkan maklumat mengenai permasalahan yang dikaji.
Pendekatan kualitatif melibatkan apa yang diperhatikan dan disokong oleh
pernyataan mengenai apa yang diperhatikan oleh mereka yang terlibat (pelajar).
7.7 Jenis data yang dikumpul ialah data kualitatif iaitu data rekod
kehadiran murid, data hasil kerja murid, data kad huruf, kaedah nyanyian dan
pemerhatian.
7.8 Cara data dikumpulkan adalah melalui pemerhatian tingkah laku murid
sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, melalui
rekod analisis seperti data pencapaian murid iaitu keputusan ujian semester 1
kelas EJ dan melalui rekod kehadiran murid atau sampel kajian yang dikaji.
7.9 Penulis tidak menyatakan halangan kemudahan yang dihadapi dalam
mengumpulkan data dalam kajian ini kecuali halangan yang dihadapi oleh penulis
itu sendiri iaitu penulis mendapati murid-murid lain mula cemburu apabila
perhatian yang lebih kerap diberikan kepada EJ.
8.0
Fokus Kajian
8.1 sasaran kajian ini ialah EJ iaitu murid yang menghadapi masalah dalam
mengenal huruf A hingga Z dan mempunyai masalah tingkah laku.
8.2 Perkara yang dikaji oleh penulis ialah berkenaan dengan amalan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi membantu EJ supaya dapat menguasai
kemahiran mengenal huruf serta dapat menarik minat EJ mengikuti aktiviti
pengajaran dan pembelajaran seterusnya meningkatkan penglibatan aktif EJ di
dalam kelas.
8.3 Matlamat kajian ini ialah mengenalpasti amalan pengajaran dan
pembelajaran penulis yang sesuai bagi menolong EJ supaya boleh mengenal dan
menyebut huruf A hingga Z dengan betul serta meningkatkan minat dan keyakinan
EJ untuk mengenal dan menyebut huruf A hingga Z dengan betul.
8.4 Idea asal yang memberi ilham kepada kajian ini ialah apabila penulis
mendapati EJ seoarang murid tahun 1 belum mengenal huruf A hingga Z dan
seringkali dilihat pasif dan cenderung mengasingkan diri di dalam kelas.
8.5 Penulis telah menjalankan program bimbingan individu secara intensif
dan memperuntukkan masa selama 10 minit setiap hari untuk tempoh selama 5 bulan
bersama EJ.
8.6 Impak kajian tindakan ini terhadap keprihatinan saya ialah tindakan
bimbingan secara individu telah membuahkan hasil yang diharapkan iaitu isi
kandungan aktiviti dalam program yang dirancang ternyata dapat menarik minat EJ
dan memupuk keyakinan EJ untuk mengenal, menyebut dan menulis huruf A hingga Z
dengan betul. EJ juga telah mempunyai keyakinan untuk menulis
perkataan-perkataan mudah dengan betul. Keyakinan juga sudah ada pada diri EJ untuk
mengikuti pengajaran dan pembelajaran seperti murid-murid lain.
9.0
Hasil Kajian / Dapatan Kajian
9.1 hasil kajian ini mendapati EJ telah dapat mengenal dan menyebut huruf A
hingga Z dengan betul. EJ juga telah dapat menulis beberapa huruf dengan betul
dan dapat menulis perkataan-perkataan mudah yang ditulis di papan tulis. Hasil
kerja EJ juga telah dinyatakan dan dilampirkan dalam kajian ini bagi menjadi
bukti yang menunjukkan hasil ataupun dapatan kajian ini.
9.2 kesan-kesan daripada tindakan yang dilaksanakan dalam kajian tindakan
ini ialah tindakan bimbingan secara individu telah membuahkan hasil yang
diharapkan iaitu isi kandungan aktiviti dalam program yang dirancang ternyata
dapat menarik minat EJ dan memupuk keyakinan EJ untuk mengenal, menyebut dan
menulis huruf A hingga Z dengan betul. EJ juga telah mempunyai keyakinan untuk
menulis perkataan-perkataan mudah dengan betul. Keyakinan juga sudah ada pada
diri EJ untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran seperti murid-murid lain.
9.3 Ya. Jadual dan gambar rajah telag digunakan sebagaimana yang
sepatutnya.
10.0
Perbincangan
10.1 Ya. Terdapat interpretasi yang jelas tentang hasil yang diperolehi
daripada kajian ini yang telah dinyatakan oleh penulis dalam kajian ini.
10.2 Ya. Penulis telah mengemukakan implikasi bagi hasil kajian iaitu
dinyatakan dalam penulisan refleksi beliau.
10.3 Ya. Implikasi yang dikemukakan adalah berdasarkan hasil kajian yang
dijalankan, dan bukan berdasarkan apa yang diharapkan oleh penulis atau yang
dianggap sebagai benar kerana terdapat bukti iaitu hasil kerja murid yang
menunjukkan penguasaan murid setelah kajian dijalankan.
10.4 Ya. Aplikasi yang sesuai turut dibincangkan dalam kajian ini.
10.5 Ya. Aplikasi tersebut juga secara logiknya berdasarkan hasil keputusan
kajian yang telah diperolehi oleh penulis.
10.6 Tidak kerana penulis tidak menyatakan rujukan bertulis yang menunjukkan
perkaitan antara hasil kajian dan teori.
10.7 Ya. Terdapat cadangan untuk kajian akan datang dinyatakan dalam kajian
ini iaitu pada ruang refleksi. Penulis akan meneruskan penyelidikan tindakan
ini tetapi akan memfokuskan kepada masalah lain iaitu masalah murid yang tidak
dapat membatangkan suku kata dengan betul.
11.0
Kesimpulan
11.1 Ya. Kesimpulan telah dinyatakan dengan jelas
11.2 Ya. Kesimpulan tersebut secara logiknya berdasarkan hasil keputusan
kajian yang telah dijalankan.
11.3 Tidak. Penulis tidak mengelakkan diri daripada mencapai kesimpulan yang
tidak disokong secara langsung oleh dapatan kajian.
12.0
Rumusan
12.1 Ya. Rumusan yang dibuat cukup jelas, ringkas dan mencukupi.
No comments:
Post a Comment