Search This Blog

Sunday 7 September 2014

KRITIKAN JURNAL PENYELIDIKAN

KRITIKAN JURNAL PENYELIDIKAN
Oliver anak Gabriel Jangko . (2005) EJ dan ABC
Jurnal Penyelidikan Maktab Perguruan Batu Lintang
1.0  Tajuk
1.1  Ya, tajuk yang dicadangkan itu ringkas dan dipenuhi dengan maklumat. Tajuk yang dikemukan ialah EJ dan ABC. Namun begitu, tidak banyak berkaitan dengan aspek-aspek yang boleh diselidiki dan diambil tindakan. Jika dilihat pada tajuknya sahaja, pembaca mungkin tidak dapat mengetahui aspek yang dikaji dalam kajian ini.
1.2  Ya, tajuk ini memberi penjelasan tentang subjek yang menjadi tumpuan kajian. Tumpuan kajian adalah berkaitan dengan mengenal huruf A-Z, dan tajuk yang diberikan adalah EJ dan ABC.
1.3  Ya istilah-istilah yang kabur, mengandungi makna-makna yang kabur dan yang penuh emosi telah dielakan dalam kajian. Bahasa yang digunakan mudah difahami.

2.0  Latar Belakang Kajian
2.1 Latar belakang kajian yang mendorong penulisan membuat penyelidikan tindakan adalah berkaitan dengan seorang murid tahun 1 yang buta huruf. Murid ini juga menghadapi masalah lain seperti suka membisu apabila aktiviti pembelajaran dijalankan dan juga tidak akan berganjak dari tempat duduknya walaupun disuruh oleh guru. EJ suka mengasingkan diri daripada rakan-rakannya.
2.2  Latar belakang kajian adalah sesuai kerana melalui rekod pencapaian,dapat dilihat EJ seorang murid yang lemah. Penulis juga telah menjelaskan dengan terperinci masalah EJ  yang ingin dikaji.

3.0 Pernyataan Masalah Atau Keprihatinan
3.1 Ya, ada keprihatinan dalam kajian penulis ini. Hal ini kerana penulis mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh seorang muridnya yang buta huruf dan masalah tingkah laku semasa P&P dijalankan.
3.2 Ya, permasalahan dinyatakan dengan jelas kerana penulis memberitahu masalah murid (EJ) tidak mahu datang ke hadapan kelas, menundukkan kepala, dan keluar ke tanda tanpa izin.
3.3 Tidak dinyatakan dalam kajian.
3.4 Ya, terdapat justifikasi atau rasional untuk menjalankan kajian ini kerana EJ murid tahun 1 yang sepatutnya telah menguasai A-Z semasa prasekolah.

4.0 Rasional
4.1  Rasional penulis membuat penyelidikan tindakan adalah untuk mengatasi masalah murid dan membantu murid yang bernama EJ mengenal huruf A hingga Z. Hal ini juga bertujuan untuk penulis memperbaiki kelemahan guru dalam mengajar atau menjalankan kaedah dan strategi pengajaran yang lebih berkesan.


5.0 Rujukan Bertulis Yang Berkaitan
5.1 Rujukan bertulis yang digunakan oleh penulis tidak mencukupi, hal ini kerana hanya ada 3 rujukan, sekurang-kurangnya rujukan bertulis dalam penyelidakan adalah sebanyak 5 rujukan.
5.2 Kajian yang dijalankan oleh Oliver ini tidak mempunyai kaitan dengan kajian semasa dan kajian sebelum ini, teori-teori juga tidak dikemukakan.











6.0 Tujuan Atau Objektif
6.1 Ya, tujuan kajian bersesuaian dengan pernyataan masalah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan pengajaran dan pembelajaran penulis bagi mengatasi masalah tidak dapat mengenal huruf A hingga Z yang dihadapi oleh EJ.
6.2 Amalan guru yang dibaiki ialah kaedah pengajaran guru bagi murid yang lemah perlulah dilakukan secara individu ‘one to one approach’ agar murid yang lemah lebih mudah menguasai perkara yang dipelajari. Namun, guru juga perlu prihatin kepada murid-murid lain agar unsur diskriminasi tidak wujud dalam kelas. Murid lain juga tidak akan berasa cemburu jika guru memberikan penjelasan yang sewajarnya di atas setiap tindakan yang dilakukan.
6.3 Ya, penulis telah menambah baik amalan murid daripada seorang yang pasif dalam kelas kepada yang lebih aktif memberikan respon semasa bimbingan.
6.4 Penulis telah mengkaji amalan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi membantu EJ supaya dapat menguasai kemahiran mengenal huruf serta dapat menarik minat EJ mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran seterusnya meningkatkan penglibatan aktif EJ di dalam kelas.
6.5 Bidang keprihatinan yang dikenalpasti untuk dikaji ialah keprihatinan terhadap masalah pembelajaran murid di dalam kelas dan amalan pengajaran guru di dalam bilik darjah.
6.6 Matlamat kajian ini ialah untuk mengenalpasti amalan pengajaran dan pembelajaran penulis yang sesuai bagi menolong EJ supaya boleh mengenal dan menyebut huruf A hingga Z dengan betul serta meningkatkan minat dan keyakinan EJ untuk mengenal dan menyebut huruf A hingga Z dengan betul.
6.7 Tiada
6.8 Selepas penulis mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh muridnya iaitu EJ.



7.0  Metodologi Kajian
7.1  Reka bentuk kajian yang diaplikasikan dalam penulisan kajian ini ialah bersturktur, formal dan mengikut prosedur kajian yang terperinci. Kajian ini dimulakan dengan refleksi ataupun keprihatinan penulis iaitu tentang subjek yang dikaji atau masalah yang telah dikenalpasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulis di dalam bilik darjah. Kemudian, penulis mula membuat tinjauan awal dan merancang strategi untuk membantu subjek kajian. Setelah merancang, penulis mula melaksanakan strategi tersebut. hasil dapatan daripada kajian yang dilaksanakan kemudiaanya dilaporkan dan akhirnya penulis membuat kesimpulan terhadap kajian yang telah dilaksanakan tersebut. kajian ini juga menggunakan reka bentuk mengikut Model Kajian Tindakan Kurt Lewin iaitu mengikut perlaksanaan kajian seperti turutan berikut:

Digunakan apabila masalah kajian telah diketahui.

                                        i.        Tajuk kajian
                                       ii.        Latar belakang kajian
                                     iii.        Fokus/ Isu/ Perkara yang membangkitkan/ Ingin melihat
                                     iv.        Tindakan biasa/ Situasi isu sekarang/ Asal usul perkara/bacaan/ tidak puas
                                       v.        Perancangan/ Rancangan tindakan/ Pelan
                                     vi.        Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen/ Semasa menjalankan tindakan
                                    vii.        Perhatian/ dapatan data kajian/ kiraan statistik/ Huraian dapatan dalam jadualRefleksi/ perbincangan dapatan/ Isu-isu yang didapati/ sumbangan hasil.

7.2  Sasaran kajian dalam kajian penyelidikan ini ialah orang iaitu muridnya yang bernama EJ. Selain itu, penguasaan kemahiran mengenal huruf A hingga Z juga menjadi sasaran dalam kajian ini.


7.3  Instrumen kajian yang digunakan ialah rekod kehadiran murid. daripada insrumen tersebut penulis mendapat maklumat mengenai rekod kehadiran subjek kajian yang dikaji. Selain itu, instrumen lain yang digunakan ialah rekod pencapaian murid. Melalui rekod ini penulis mendapat maklumat berkaitan pencapaian sampel kajian iaitu EJ melalui rekod keputusan ujian semester 1.
7.4  Teknik penganalisian dapatan kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah menggunakan beberapa teknik tertentu iaitu:
                              i.        Teknik analisis kandungan data
Teknik ini digunakan oleh penulis untuk menilai perkara yang kerap kali berlaku. Dalam kajian ini, penulis telah menilai dan melihat rekod murid bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh subjek kajian.
                             ii.        Teknik analisis dilema
Analisis ini adalah berdasarkan anggapan bahawa guru sentiasa menghadapi dilema yang memerlukan mereka membuat keputusan secara profesional. Dalam kaedah ini penulis telah membuat refleksi dan kesedaran kendiri mengenai punca masalah yang dihadapi oleh salah seorang muridnya dan mencari kaedah penyelesaian yang sesuai bagi membantu murid berkenaan.
7.5  Kesignifikannya kajian dalam kajian ini tidak dinyatakan oleh penulis.
7.6  Data yang dikumpul dalam kajian ini ialah data kualitatif. Data kualitatif berasaskan ‘kualiti’. Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian ‘makna’ perkara-perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal. Ia kurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses. Skop kajiannya pula meliputi bilangan responden yang kecil. Data inilah yang telah digunakan oleh penulis dalam kajiannya. Kaedah ini juga merangkumi diskriptif, kumpulan data tidak bernombor dan melakukan pemeriksaan terhadap maklumat (pemahaman). Jenis maklumat yang dikumpulkan melalui data kualitatif adalah mendalam (detail), kebiasaannya mempunyai deskripsi yang mendalam dan berdasarkan persoalan yang kompleks. Dalam mencapai pemahaman tentang perhubungan maksud dan gaya dalam kajian yang dilakukan, penulis telah melakukan pemerhatian terhadap pelajar dalam mendapatkan maklumat mengenai permasalahan yang dikaji. Pendekatan kualitatif melibatkan apa yang diperhatikan dan disokong oleh pernyataan mengenai apa yang diperhatikan oleh mereka yang terlibat (pelajar).
7.7  Jenis data yang dikumpul ialah data kualitatif iaitu data rekod kehadiran murid, data hasil kerja murid, data kad huruf, kaedah nyanyian dan pemerhatian.
7.8  Cara data dikumpulkan adalah melalui pemerhatian tingkah laku murid sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, melalui rekod analisis seperti data pencapaian murid iaitu keputusan ujian semester 1 kelas EJ dan melalui rekod kehadiran murid atau sampel kajian yang dikaji.
7.9  Penulis tidak menyatakan halangan kemudahan yang dihadapi dalam mengumpulkan data dalam kajian ini kecuali halangan yang dihadapi oleh penulis itu sendiri iaitu penulis mendapati murid-murid lain mula cemburu apabila perhatian yang lebih kerap diberikan kepada EJ.

8.0  Fokus Kajian
8.1  sasaran kajian ini ialah EJ iaitu murid yang menghadapi masalah dalam mengenal huruf A hingga Z dan mempunyai masalah tingkah laku.
8.2  Perkara yang dikaji oleh penulis ialah berkenaan dengan amalan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi membantu EJ supaya dapat menguasai kemahiran mengenal huruf serta dapat menarik minat EJ mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran seterusnya meningkatkan penglibatan aktif EJ di dalam kelas.
8.3  Matlamat kajian ini ialah mengenalpasti amalan pengajaran dan pembelajaran penulis yang sesuai bagi menolong EJ supaya boleh mengenal dan menyebut huruf A hingga Z dengan betul serta meningkatkan minat dan keyakinan EJ untuk mengenal dan menyebut huruf A hingga Z dengan betul.
8.4  Idea asal yang memberi ilham kepada kajian ini ialah apabila penulis mendapati EJ seoarang murid tahun 1 belum mengenal huruf A hingga Z dan seringkali dilihat pasif dan cenderung mengasingkan diri di dalam kelas.
8.5  Penulis telah menjalankan program bimbingan individu secara intensif dan memperuntukkan masa selama 10 minit setiap hari untuk tempoh selama 5 bulan bersama EJ.
8.6  Impak kajian tindakan ini terhadap keprihatinan saya ialah tindakan bimbingan secara individu telah membuahkan hasil yang diharapkan iaitu isi kandungan aktiviti dalam program yang dirancang ternyata dapat menarik minat EJ dan memupuk keyakinan EJ untuk mengenal, menyebut dan menulis huruf A hingga Z dengan betul. EJ juga telah mempunyai keyakinan untuk menulis perkataan-perkataan mudah dengan betul. Keyakinan juga sudah ada pada diri EJ untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran seperti murid-murid lain.

9.0  Hasil Kajian / Dapatan Kajian
9.1  hasil kajian ini mendapati EJ telah dapat mengenal dan menyebut huruf A hingga Z dengan betul. EJ juga telah dapat menulis beberapa huruf dengan betul dan dapat menulis perkataan-perkataan mudah yang ditulis di papan tulis. Hasil kerja EJ juga telah dinyatakan dan dilampirkan dalam kajian ini bagi menjadi bukti yang menunjukkan hasil ataupun dapatan kajian ini.
9.2  kesan-kesan daripada tindakan yang dilaksanakan dalam kajian tindakan ini ialah tindakan bimbingan secara individu telah membuahkan hasil yang diharapkan iaitu isi kandungan aktiviti dalam program yang dirancang ternyata dapat menarik minat EJ dan memupuk keyakinan EJ untuk mengenal, menyebut dan menulis huruf A hingga Z dengan betul. EJ juga telah mempunyai keyakinan untuk menulis perkataan-perkataan mudah dengan betul. Keyakinan juga sudah ada pada diri EJ untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran seperti murid-murid lain.
9.3  Ya. Jadual dan gambar rajah telag digunakan sebagaimana yang sepatutnya.





10.0      Perbincangan
10.1      Ya. Terdapat interpretasi yang jelas tentang hasil yang diperolehi daripada kajian ini yang telah dinyatakan oleh penulis dalam kajian ini.
10.2      Ya. Penulis telah mengemukakan implikasi bagi hasil kajian iaitu dinyatakan dalam penulisan refleksi beliau.
10.3      Ya. Implikasi yang dikemukakan adalah berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, dan bukan berdasarkan apa yang diharapkan oleh penulis atau yang dianggap sebagai benar kerana terdapat bukti iaitu hasil kerja murid yang menunjukkan penguasaan murid setelah kajian dijalankan.
10.4      Ya. Aplikasi yang sesuai turut dibincangkan dalam kajian ini.
10.5      Ya. Aplikasi tersebut juga secara logiknya berdasarkan hasil keputusan kajian yang telah diperolehi oleh penulis.
10.6      Tidak kerana penulis tidak menyatakan rujukan bertulis yang menunjukkan perkaitan antara hasil kajian dan teori.
10.7      Ya. Terdapat cadangan untuk kajian akan datang dinyatakan dalam kajian ini iaitu pada ruang refleksi. Penulis akan meneruskan penyelidikan tindakan ini tetapi akan memfokuskan kepada masalah lain iaitu masalah murid yang tidak dapat membatangkan suku kata dengan betul.

11.0      Kesimpulan
11.1      Ya. Kesimpulan telah dinyatakan dengan jelas
11.2      Ya. Kesimpulan tersebut secara logiknya berdasarkan hasil keputusan kajian yang telah dijalankan.
11.3      Tidak. Penulis tidak mengelakkan diri daripada mencapai kesimpulan yang tidak disokong secara langsung oleh dapatan kajian.

12.0      Rumusan
12.1      Ya. Rumusan yang dibuat cukup jelas, ringkas dan mencukupi.