Search This Blog

Sunday 29 April 2012

Perbezaan antara murid pemulihan khas dengan murid arus perdana


Perbezaan antara murid pemulihan khas dengan murid arus perdana mengikut aspek tertentu.

Aspek
Pemulihan
Arus perdana
Emosi
-Perasaan rendah diri
-Perasaan risau
-Perasaan sedih, hiba atau duka
-Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran
-Perasaan takut akan perkara-perkara baru
-Degil,tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
-Pasif
-Malas
-Boleh mengawal perasaan
-Berkeyakinan tinggi
-Berani/seronok mencuba perkara-perkara baru
-Mendengar kata dan patuh kepada peraturan
-Aktif
-Rajin/Proaktif
Sosial
-Gelisah dan selalu bergerak di dalam kelas serta mengganggu kawan-kawan.
-Lemah / kurang interaksi dengan rakan
-Gemar menghisap atau menggigit kuku
-Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan
-Menangis – enggan masuk darjah
-Hyper aktif

-Boleh duduk secara statik dan tidak mengganggu orang lain.
-Selalu berinteraksi dengan rakan sebaya.
-Seronok datang ke sekolah.
-Suka bercakap/berucap di khalayak ramai
Kesihatan
-Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
-Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang(gemuk/kurus)
-Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan)
-Lemah gerakan motor-kasar dan halus
-Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu
lama dan teruk.



-Tubuh badan sihat dan cergas.
-Mempunyai bentuk badan yang cantik.
-Dapat memberi tumpuan kerana tiada masalah deria.
-Aktif dalam menggunakan kemahiran psikomotor/motor kasar/motor halus.
Kesediaan Belajar
-Belum bersedia untuk belajar
-Perbendaharaan kata kurang
-Lemah pemahaman
-Kurang keyakinan diri dan rangsangan
-Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

-Selalu bersedia untuk belajar.
-Mempunyai perbendaharaan kata dan tatabahasa yang tinggi.
-Cepat mentafsir dan faham sesuatu.
-Selalu diberi rangsangan/motivasi oleh ibu bapa dan penjaga.
-Kematangan yang normal mengikut umur.
Pengamatan
-Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
-Lemah pendengaran bunyi dan rentak
-Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
-Lambat mengkelaskan benda.
-Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
-Tidak dapat menyelesaikan masalah.
-Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
-Tidak kreatif
-Lemah pergerakan dan perbuatan
-Lemah daya pemikiran / ingatan
-Tidak boleh mengingat kembali

-Dapat mengenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
-Dapat menganalisis dan memahami rentak dan bunyi.
-Dapat memahami konsep ruang dan mencari arah.
-Dapat mengaitkan dan memanipulasi pelajaran lama dan pelajaran baru.
-Dapat/lambat menyelesaikan masalah.
-Dapat bermain dalam sesuatu permainan mengikut undang-undang/peraturan.
-Dapat berfikir secara kritis dan kreatif.
-Daya ingatan/IQ yang tinggi.

No comments:

Post a Comment