Search This Blog

Sunday 29 April 2012

KAEDAH SUKU KATA



Pengenalan

           Kaedah ini bermula dengan mengeja suku kata perkataan bermakna. Contohnya, ‘ka’ + ‘yu’ = kayu. Proses mengeja dan membatang perkataan ini perlu dimulakan dengan mudah iaitu bermula dengan dua suku kata (KV+KV), kemudian dikembangkan menjadi tiga suku kata (KV+KVK) dan seterusnya menjadi empat suku kata (KV+KV+KV+KV), penggunaan diftong (V) dan konsonan berganding (K).

Langkah-Langkah Pengajaran
1.  Perkenal bentuk dan bunyi  huruf vokal mudah a   i   u,  dan satu konsonan, eg.  b  
2.  Bina dan sebut suku kata terbuka ba   bi   bu;   bu   bi   ba
3. Bina perkataan dan baca perkataan
4. Buat frasa dan ayat, dan bacanya.
5. Tulis atau salin apa yang dibaca
6. Buat latihan pengayaan:  permainan, secara berpasangan atau kumpulan kecil

Contoh Pengajaran
1.    Mulakan dengan  membunyikan  huruf  vokal mudah   a    i    u
2     Pilih satu konsonant mudah seperti  b,
3     Bunyikan huruf  ‘b’ (bh) beberapa kali.
4     Bina suku kata  ‘ba  bi  bu’. Ulang
5     Bina dan baca perkataan  ‘ba ba’  ‘bi bi’  ‘bu bu’ dan  ‘u bi  i bu  a bu’  
6     Baca ayat ‘ibu abu’  ‘bubu baba’  ‘ubi  ibu’
7     Murid menulis huruf, suku kata dan huruf .
8     Setelah mahir, murid boleh mula membaca ‘cerita’


Contoh Membina dan membaca ‘cerita’
itu buku
itu buku abu
abu buka buku
abu baca buku
abu suka baca buku

Mengajar suku kata tertutup (kvk)
         b    ba    bi    bu
         bat   bit   but       ubat   sabut
         k    ka     ki    ku
         kan   kin  kun        makan   ikan
         s     sa      si     su
         sak    sik   suk      masak   masuk

Mengajar huruf vokal ‘o’ dan ‘e’
         O    ko    po    lo    ro    om   lom
   otak,   pokok koko,   roda  lori
         e      e mak     e nam   em pat
         e      e kor       e lok     be lon
   Emak Ella bela  enam ekor kera.
   Bapa letak kereta di tepi rumah.

Suku kata istimewa: nga  ngi  ngu; nya nyi nyu
         Bunga nyonya ungu.
         Singa nganga mulutnya
         Salim menyanyi lagu sunyi
         Suaranya nyaring.
         Penyu bertelur di pantai.  

Murid diajar mengikut kadar kebolehannya
         Murid boleh diajar secara individu atau dalam kumpulan kecil (2-4 orang)
         Buat latih tubi bagi murid yang lemah.
         Contohnya: ulang (guna kad imbasan)
     b       ba ba   bi bi  bu bu;
     k      ka ka  ki ki  ku ku;
     s      sa sa   si si  su su;






                                                                                          

No comments:

Post a Comment