Search This Blog

Sunday 29 April 2012

KAEDAH PANDANG SEBUT



Pengenalan
           
            Dinamakan kaedah seluruhan perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan mmperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Aktiviti dalam melaksanakan kemahiran ini lebih memfokuskan murid untuk memandang dan menyebut apa yang dilihat oleh mereka.
            Pengajaran bacaan tidak dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad secara satu persatu. tetapi akan diperkenalkan dengan perkataan atau ayat lengkap dan disertai dengan gambar. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-murid cuba mengenal lambang-lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek, mereka perlu mengenali banyak lambang.

            Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.
            Selain itu, terdapat juga kekuatan dan kelemahan dalam kaedah pandang sebut ini. Antara kekuatan kaedah pandang sebut ini ialah murid tidak perlu menghafal nama huruf yang abstrak, murid didedahkan dengan bahan konkrit atau bermakna dan murid memahami apa yang dibaca atau dilihat oleh mereka.
            Manakala kekurangan kaedah pandang sebut pula ialah kemahiran mengenal huruf yang membentuk perkataan tidak muncul dengan cepat, murid lambat mengenali huruf-huruf, murid membaca bukan berdasarkan lambang-lambang yang membentuk huruf tetapi berdasarkan gambar. Selain itu, murid hanya perlu menyebut nama gambar bukan membaca apa yang ditulis. Murid juga akan mudah keliru pada gambar yang tidak jelas dan lebih sesuai untuk bahasa yang mengamalkan system ejaan yang bersifat logografik seperti system tulisan Cina ( lambang khusus).





1 comment: