Search This Blog

Loading...

Sunday, 29 April 2012

Jenis-jenis terapi

TERAPI FISIO

Definisi Terapi Fisio


          Fisio terapi adalah terapi yang dilakukan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar. Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan tubuh melakukan pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, berlari, menendang, mengangkat, dan melempar bola.

       Terapi fisio membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya. Terapi fisio boleh didefinisikan sebagai rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dgn menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah berikut :
  • mengurut
  • manipulasi
  • latihan teraputik
  • penyejukan dan pemanasan
  • terapi hidro
  • rangsangan menggunakan elektrik
  • rangsangan menggunakan cahaya

         Kesemua kaedah di atas adalah sebagai satu cara memulihkan pesakit dan mengekalkan fungsi normal selepas mengalami sesuatu kecederaan atau penyakit.

    Aktiviti Fisio Terapi


                 Terapi fisio kerap dilakukan oleh pakar perubatan yang terlatih. Aktiviti terapi fisio yang dilaksanakan di adalah bergantung kepada permasalahan psikomotor yang berbeza pada seseorang individu.

    Terdapat beberapa kaedah aktiviti yang dapat dilaksanakan seperti :

Latihan berpusatkan motor halus
-    Memotong
-    Menggunting
-    Mencabut
-     Meramas
-     Menguli
-     Merenyuk
-     Mencubit
-     Memicit
·         
 Latihan yang berpusatkan psikomotor kasar
-    Membaling
-     Menolak
-     Memukul
-     Melambung
-    Menyambut

Latihan imbangan
-    Berdiri dengan sebelah kaki
-     Membawa buku di atas kepala
-    Berdiri di atas kerusi
   
Latihan koordinasi
-          memasukkan jarum ke dalam lubang manik
-          melambung dan menyambut bola berbagai saiz

TERAPI CARA KERJA

Definisi Terapi Cara Kerja

         Turner, Foster dan Johnson (2002) mendifinisikan terapi cara kerja ialah latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungdian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur.

          Menurut NASAM, terapi cara kerja merupakan sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. ia tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiiti hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan riadah.

       Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) pula mendefinisikan terapi cara kerja sebagai aktiviti pemulihan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian, produktiviti dan pelbagai aktiviti riadah.


Objektif terapi cara kerja dijalankan
  • membolehkan individu menguruskan kehidupan seharian dengan baik
  • memulihkan anggota yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik
  • membolehkan individu berdikari dalam melakukan kerja seharian

Kepentingan Terapi Cara Kerja
  • Dilakukan untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik
  • Meningkatkan kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil yang ada
  • Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur

    Aktiviti Terapi Cara Kerja
   
            Aktiviti terapi cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran sahaja. Peralatan untuk menjalankan aktiviti terapi cara kerja hanya boleh didapati di pusat-pusat latihan tertentu sahaja. Namun, guru pendidikan khas juga boleh melakukan terapi cara kerja yang mudah dan bersesuaian dengan murid bermasalah pembelajaran di sekolah.


    Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah :
  •     Latihan aktiviti berkaitan kemahiran hidup
  •     Latihan pravokasional
  •     Latihan aktiviti membuka dan memasang peralatan
  •     Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif


TERAPI PERTUTURAN

Definisi  Terapi Pertuturan

            Kamarudin Hj Husin (1987) menyatakan bahawa pertuturan ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan (artikulator). Ia juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia.

            Pertuturan juga boleh bermaksud bercakap, hasil daripada percakapan, apa yang dituturkan, bahasa sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah atau tempat.

            Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang individu.  Terapi pertuturan  juga adalah kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi.

            Menurut Encyclopedia Britannica terapi pertuturan ialah satu rawatan untuk memperbaiki kecacatan pertuturan. Ia mungkin berpunca dari otak, telinga, sepanjang peti suara yang menjejaskan suara, alat artikulasi, perkembangan dan kesukaran bercakap selepas penguasaan bahasa. Terapi pertuturan dilakukan adalah untuk membantu seseorang menguasai pertuturan atau komunikasi dengan lebih baik.

Kepentingan Terapi Pertuturan
  •     melatih murid menguasai kemahiran tertentu
  •     membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa
  •     meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial individu
  •     meningkatkan tahap keupayaan murid.


·     Dilakukan kepada

-          Kanak-kanak lewat pertuturan
-          Bibir atau lelangit sumbing
-          Kanak-kanak dengan masalah pertuturan khusus
-          Gagap atau sengau
-          Pesakit stroke

·     Punca masalah

-          Masalah pendengaran
-          Lewat perkembangan
-          Otot lisan lemah
-          Kecacatan masa lahir
-          Masalah pernafasan
-          Kecederaan otak
-          Masalah dalam proses penelan makanan

·      Strategi pemulihan
-          Aktiviti intervensi bahasa
-          Terapi artikulasi
-          Terapi motor lisan

·     Aktiviti yang boleh dilakukan
·                Menggerakkan lidah ke atas, ke bawah, ke kiri an ke kanan
·                Membunyikan vokal dengan panjang
·                Aktiviti senaman muka dan mulut (menguap, mengunyah)
·                Meniup belon
·                Tiup bola ping pong dalam bekas berisi air


TERAPI MUZIK DAN NYANYIAN

·         Menggunakan muzik utk pemulihan,pemeliharaan, dan peningkatan teraf kesihatan mental dan fizikal
·         Perubahan dr segi kognitif,sosial dan emosi dpt dicapai dengan teknik tertentu

·         Objektif terapi
o   Pengurusan T/L
o   Tingkatkn penglahiran perasaan
o   Tingkatkan harga diri
o   Tingkatkan keupayaan/kemajuan akademik
o   Kembangkan emosi
o   Mudahkan komunikasi interpersonal dan intrapersonal
o   Latih pertuturan

·         Aktiviti terapi muzik
o   Membuat pergerakan mengikut lagu
o   Menulis lirik lagu ( meluahkan perasaan )
o   Bermain berlatar belakangkan muzik
o   Mengenal dan membuat latihan guna/bunyikan alat muzik
o   Latihan praktikal guna alat bunyian

 
TERAPI SENI VISUAL

·         Menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas individu untuk menghasilkan produk

·         Kepentingan –
o   Menyelesaikan konflik emosi
o   Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri
o   Membina kemahiran sosial
o   Mengubah tingkah laku
o   Membina strategi penyelesaian masalah
o   Meningkatkan kemahirn penguasaan hidup

·         Memperbaiki kognitif, sosial, dan kemahiran interpersonal dan memperbaiki kepuasan diri.

·         Aktiviti yang boleh dilakukan
o   Catan
o   Kolaj dan asemblaj
o   Reka bentuk
o   Anyaman
o   Kraftangan
o   Pengubahsuaian alat utk jadikan benda lain

 
TERAPI PERGERAKAN KREATIF
·     
        Definisi Terapi Pergerakan Kreatif

    
            Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan.

·          
    Aspek Pergerakan Kreatif

      a) Lokomotor
  • Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan badan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 
  • Contoh pergerakan lokomotor
               i) berjalan
               ii) melompat
               iii) merangkak

      b) Bukan lokomotor
  • Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik. 
  • Contoh pergerakan bukan lokomotor
             i) berlari setempat
             ii) melompat setempat
             iii) imbangan bangau


      c) Manipulasi alatan
  • Manipulasi alatan ialah aktiviti yang mana alatan digunakan untuk membentuk pergerakan. 
  • Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal dan mengawasi sesuatu objek. 
  • Contoh manipulasi alatan
              i) melantun bola ambil berjalan
              ii) memusingkan gelung dengan tangan
              iii) skipping sambil berjalan

    Tema pergerakan

     Pergerakan kreatif mempunyai enam belas tema sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran.


      Tema 1 : Kesedaran tubuh badan
Tema 2 : Kesedaran rintangan kepada beban dan masa 
Tema 3 : Kesedaran ruang
Tema 4 : Aliran beban badan dalam ruang dan masa   
Tema 5 : Penyesuaian terhadap kawan.
Tema 6 : Penggunaan tubuh badan sebagai alat.
Tema 7 : Lapan lakuan daya asas
Tema 8 : Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan.
Tema 9 : Bentuk-bentuk pergerakan.
Tema 10 : Gabungan lakuan daya asas.
Tema 11 : Orientasi ruang
Tema 12 : Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan.
Tema 13 : Penaikan dari lantai.
Tema 14 : Kesedaran berkumpulan.
Tema 15 : Formasi pergerakan dalam kumpulan.
Tema 16 : Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.

Kepentingan Terapi Pergerakan Kreatif

a) meningkatkan kecerdasan
b) meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa
c) meningkatkan kemahiran bertutur
d) meningkatkan kreativiti


·      Aktiviti yang boleh dilakukan

-          Gimrama
-          Tarian moden
-          Tarian tradisional
-          Pergerakan berkumpulan dan berpasangan

  
Terapi hidro

Definisi Terapi Hidro

            Hidroterapi bermaksud terapi air atau rawatan air. Rawatan ini bukan sahaja melakukan aktiviti renang malah aktiviti berendam di dalam air juga dilakukan.  Terapi hidro menggunakan air sebagai medium semulajadi untuk meringankan atau mengubah keadaan sedia ada kepada yang lebih baik.

            Terapi ini sangatlah sesuai untuk perkembangkan fizikal pergerakan motor kasar dan halus serta mental. Otot dan otak dirangsang kerana pergerakan dalam air lebih mudah dan meredakan ketegangan dan rasa sakit


Objektif Terapi Hidro

Terapi hidro perlu dilakukan ke atas murid masalah pembelajaran adalah untuk :
  • membentuk sikap kerjasama
  • memberi keseronokan ketika berada di dalam air
  • Memulihkan keadaan fizikal, emosi dan spiritual.

Elemen Penting Dalam Terapi Hidro

Keselamatan di air
  • Apungan
  • Berenang
  • Pernafasan

Faedah Terapi Hidro 
  • Air panas meregangkan dan dapat stimulasi sistem pertahankan badan
  • Air sejuk dapat mengurangkan radang
  • Merawat masalah pernafasan
  • Memberikan keyakinan dan motivasi
  • Merangsang pergerakan 
  • Mengurangkan ketegangan otot 
  • Meningkatkan kecergasan kardiovaskular

Langkah keselamatan 

  • Aktiviti regangan sebelum masuk ke air
  • Pastikan paras air sesuai untuk murid
  • Alatan yang sesuai digunakan
  • Pakaian yang sesuai
  • Kawalan guru yang lebih

Aktiviti yang boleh dilakukan 

  • Regangan dan pemanasan badan
  • Penyesuaian diri dengan air
  • Membina keyakinan diri
  • Menguatkan motor kasar
  • Kawalan pernafasan
  • Kayuhan kaki dan imbangan
  • Berjalan di dalam air dan apungan
  • Berjalan sambil menguak tangan
 
TERAPI PASIR

Definisi Terapi Pasir


           Terapi pasir merupakan satu bentuk bengkel yang memberi peluang kepada individu untuk meneroka hal-hail berkaitan dengan perasaan atau emosi secara mendalam.

            Terapi ini secara tidak langung memberi peluang kepada individu untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan. Penggunaan terapi permainan pasir ini mampu membuatkan kanak-kanak lebih relaks. 

            Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan. Pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang dan sebagainya.

Tujuan Terapi Pasir

  • Melatih daya kreativiti kanak-kanak
  • Menghilangkan rasa marah 
  • Percaya kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu 
  • Meningkatkan keyakinan diri 
  • Mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak

Kepentingan Terapi Pasir 

  • membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan
  • membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi
  • merangsang pemikiran murid
  • menguranan tekanan emosi
  • membantu meningkatkan kemahiran sosial

TERAPI MAIN

Definisi Terapi Main

        Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.

        Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masinf-masing.

            Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.


Konsep terapi bermain

  • melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia
  • ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain
  • kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing


Tujuan terapi bermain

  • mengurangkan masalah tingkah laku
  • meningkatkan komunikasi
  • mempu menilai diri sendiri
  • meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang 



Kelebihan terapi bermain 
  • Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri 
  • Membolehkan melahirkan masalah 
  • Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan

Proses terapi bermain 

Tahap satu : rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina
Tahap dua : luahan perasaan secara yang terpendam secara catharsis
Tahap tiga : penerokaan peristiwa
Tahap empat : bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih



Pelaksanaan Melaksanakan Terapi Main

1) Bilik terapi 
   
Kelengkapan bilik terapibersesuaian bergantung kepada kesesuaian kanak-kanak  . Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku, cermin, almari dan lain-lain.

2) Media mainan (kriteria)
  • Mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak
  • Peluang untuk menguji realiti kanak-kanak
  • Membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini
  • Mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak

3) Kategori mainan 
  • Mainan mencirikan kehidupan sebenar
          - set permainan pekejaan seperti polis, doktor dan tukang masak
          - set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon

  • Mainan bercirikan luahan perasaan agresif
          - gari
          - penukul
          - peralatan militari
          - topeng

  • Mainan bercirikan luahan perasaan an kreatif
          - crayon
          - playdoh
          - kad
          - boneka bekas air

TERAPI HAIWAN

Definisi Terapi Haiwan Berkuda

            Lisa McCallum seorang terapis berkuda dari Sleepy Hollow Therapeutic Riding Centre dan South African Riding for the Disabled Association (Sarda) mengata bahawa "menunggang kuda adalah satu kegiatan yang menyenangkan bagi kebanyakan orang, tetapi bagi anak-anak yang memiliki keterbatasan, menunggang kuda tersebut boleh dijadikan sebagai salah satu cara penyembuhan”

Kelebihan Terapi Berkuda
Menurut McCallum, terapi berkuda memiliki tiga manfaat utama 
  • olahraga
  • pendidikan
  • pengubatan

Ketiga-tiga hal ini sangat diperlukan untuk pertumbuhan anak-anak.

 
Terapi berkuda juga :
  • Mampu memotivasikan kanak-kanak yang memiliki masalah mental dan emosi.
  • Membantu kanak-kanak memupuk sifat sabar, dan berdisiplin
 
TERAPI AROMA
Definisi Aroma Terapi

            Aroma terapi merupakan gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hadir dari pati minyak dan terapi bermaksud bagaimana bauan tersebut diaplikasi untuk melegakan atau memulihkan simptom-simptom fizikal dan meningkatkan kesihatan mental.

            Istilah ‘Aroma terapi’ terdiri daripada dua patah perkataan iaitu “Aroma” yang bermakna bau, atau haruman, dan “Therapy” yang bermakna rawatan.


Terapi aroma kepada kanak-kanak pendidikan khas 


            Terapi aroma sangatlah sesuai dijalankan ke atas kanak-kanak pendidikan khas yang mengalami masalah pembelajaran seperti
  • terencat akal
  • hiperaktif
  • autisma
  • lembam
  • sindrom down
  • ceberal palsy
            Terapi aroma dapat membantu menenangkan minda dan emosi kanak-kanak khas serta membantu meningkatkan deria rangsangan bau.



Jenis Bau-Bauan Yang Digunakan Dalam Aroma Terapi

1) Lavender
  • Berfungsi untuk menghilangkan stress
  • Mengawal emosi yang tidak stabil

2) Jasmin
  • Dapat menghilangkan stress

3) Ros
  • Dapat menenangkan emosi
4) Blossom
  • Dapat meningkatkan tumpuan
  • Dapat mengurangkan sakit kepala

Kepentingan terapi aroma
  • membantu untuk meningkatkan keupayaan mental dan emosi
  • membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi
  • merangsang pemikiran dan kreativiti murid
  • memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
  • meningkatkan kemahiran pengamatan

 
TERAPI SNOOZELEN
Definisi Terapi Snoozelen

            Istilah “snoezelen” diambil dari perkataan Belanda atau Dutch iaitu “snuffelen” yang bermaksud mencari atau meneroka dan doezelen” yang bermaksud relaks.

            Snoezeland ialah suatu  terapi stimulasi multisensori (visual, auditori, sentuhan, bau) yang digunakan oleh kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pada mental, autisma, hiperaktif, lembam, dan lewat perkembangan.

            Terapi ini dilakukan kepada kanak-kanak untuk memberi stimulasi atau rangsangan  pada kesemua pancaindera mereka dengan menggunakan pelbagai :
  • kesan lampu
  • warna
  • suara
  • muzik
  • bau
  • lain-lain

Objektif Terapi Snoozeland
  • memberi peluang untuk relaks, eksplorasi dan ekspresi diri.
  • sesuai bagi murid yang kurang kesedaran dalam kelompok rakan.
  • memberi perhatian secara individu.
  • dapat membina kepercayaan antara ahli terapi dan murid.

Rangsangan Dapat Dihasilkan Dengan Beberapa Cara, Antaranya :
  • penglihatan
  • pendengaran
  • sentuhan
  • bau

Kepentingan Terapi Snoozelen
  • Dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran.
  • Memberi relaksasi kepada fizikal dan mental.
  • Meningkatkan kesedaran dan perhatian.
  • Menunjukkan inisiatif untuk beraktiviti.
  • Membina keyakinan pada diri.
  • Memperkembangkan kemampuan murid.
 
TERAPI HERBA
Definisi Terapi Herba

Herba adalah bahan yang mengandungi atau beberapa bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan. Terapi herba dilakukan secara sinergi iaitu tidak berasingan dan diikuti dengan herba lain yang ada sifat yang berbeza daripada herba yang digunakan.

Tujuan sinergi
  • mempercepatkan penyembuhan
  • menambahkan khasiat pada ubat
  • mengurangkan sifat kekuatan ubat
  • menghilangkan kesan sampingan

Proses Terapi Herba

a) Release
  • racun dan toksik dikeluarkan dari badan

b) Relax
  • badan diletakkan dalam keadaan suhu yang stabil

c) Regeneration
  • menggantikan sel-sel yang mati dengan sel-sel yang baru

d) Refunction
  • organ kembali berfungsi secara norma

TERAPI OZON
·          
      Dikenalpasti sebagai satu terapi yg amat selamat tnpa kesan sampinga
n    Berguna utk tujuan pencegahan pelbagai penyakit
·         Awalnya digunakan utk merawat luka yang dijangkiti kanser
·         Medical ozon iaitu campuran ozon dan hidrogen yang dihasilkan dlm bentuk gas digunakan.
·         Menghapuskan pelbagai virus,yis,fugus dan protozoa
·         Tujuan terapi ozon
o   Tingkatkan pertahanan badan
o   Bersihkan darah
o   Normalkan proses penghasilan hormon dan enzim
o   Kurangkan keradangan
o   Menenangkan sistem saraf
o   Memberhentikan pendarahan


TERAPI FLOORTIME

·         Menggunakan segala keupayaan kanak-kanak menerusi interaksi yang dirancang sesuai dengan sistem saraf kanak-kanakdalam suasana yang menyeronokkan
·         Mengikut kehendak dan kegemaran kanak-kanak
·         Boleh dilaksanakan oleh ibu bapa/individu dengan pengalaman yang minima dan menyeronokkan
·         Knak-kanak dapat meningkatkan dan membina hubungan yang lebih baik dengan orang dewasa yang berinteraksi dengan mereka
·         6 peringkat asas perkembangan:
o   Self regulation and interest in the world
o   Intimacy or a special love for the world of human relation
o   Komunikasi 2 hala
o   Komunikasi kompleks
o   Emotional idea
o   Emotional thinking

No comments:

Post a Comment